Juga boleh dibeli melalui / Also available for purchase at: 

Shopee - Kota Buku - MySiswaPlace


Penulis: Abd Muhaimin Ahmad

ISBN: 9786297748801

Tahun Terbitan: 2025

Harga: RM 48.00

Jumlah Muka Surat: 152 m/s.

Ilmu waqaf dan ibtida’ merupakan antara tujahan penting dalam bidang ilmu tajwid dan tilawah al-Quran. Kepentingannya terserlah menerusi perkaitannya yang amat rapat dengan penyempurnaan makna sesuatu ayat al-Quran supaya tidak menimbulkan sebarang kekeliruan dan kesalahan maksud. 

Hal ini kerana manusia dikurniakan oleh Allah SWT dengan kadar nafas yang terhad yang tidak memungkinkan mereka membaca sesuatu ayat atau surah yang panjang dalam satu nafas. 

Sekiranya pembaca al-Quran tidak menguasai ilmu ini, dikhuatiri mereka akan memberhentikan dan memulakan bacaan pada lafaz atau kalimah yang boleh mengubah atau merosakkan makna sesuatu ayat. 

Justeru, buku ini dikarang bagi membantu pembaca al-Quran untuk memahami asas-asas ilmu waqaf dan ibtida’ merangkumi definisi, dalil dan kepentingan, tokoh dan karya penulisan mereka, pembahagian waqaf dan ibtida’, sejarah dan tanda waqaf dalam percetakan mushaf, pengaruh waqaf dan ibtida’ terhadap makna ayat al-Quran dan kaedah-kaedah penting waqaf dan ibtida’ serta kaedah umum menguasai dan memeliharanya dalam bacaan al-Quran.




ILMU WAQAF DAN IBTIDA' PERBAHASAN DAN ANALISIS

  • RM48.00


Tags: Abd Muhaimin Ahmad, 2025, FPQS