Juga boleh dibeli melalui / Also available for purchase at: 

Shopee - Kota Buku - MySiswaPlace


Penulis: Masni Md Hasim, Tuan Mohd Ameer Tuan Ismail, Nur Farhana Sulaiman, Fadhilah Othman

ISBN: 9786297748894

Tahun Terbitan: 2025

Harga: RM 40.00

Jumlah Muka Surat: 92 m/s.

Buku Psikospiritual: Kunci Menangani Stres, Kebimbangan dan Kemurungan ditulis bagi menyampaikan maklumat penting yang perlu diketahui umum tentang isu kesihatan mental yang semakin membimbangkan seperti stres, kebimbangan, dan kemurungan. 

Ia merangkumi tanda-tanda awal, ujian saringan kendiri, serta pendekatan praktikal dan
berkesan untuk menanganinya.

Lebih daripada sekadar teori, buku ini turut memuatkan tip psikospiritual Islam yang boleh dijadikan panduan harian. 

Melalui perubahan corakpemikiran, pelaksanaan ibadah dan amalan rohani, pembaca akandibimbing untuk menguruskan diri dengan lebih tenang serta berdaya tahan dalam menghadapi cabaran hidup.

Apa yang menjadikan buku ini unik?
• Disusun oleh kaunselor berpengalaman dalam bidang psikologi dan kaunseling di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
• Menggabungkan pendekatan kaunseling moden dan psikospiritual Islam secara harmoni.
• Disertakan dengan senarai semak refleksi, doa pilihan, dan cadangan amalan.
• Sesuai untuk semua peringkat umur dari pelajar, pekerja, ibu bapa mahupun warga emas.

Buku ini bukan sahaja membantu anda memahami stres, kebimbangan dan kemurungan, malah membuka jalan ke arah kesejahteraan jiwa dan ketenangan hati. 

Jika anda sedang mencari jalan keluar daripada tekanan hidup atau ingin membantu orang tersayang yang sedang bergelut, buku ini boleh dijadikan panduan untuk memahami dengan lebih mendalam serta meningkatkan kesihatan mental dan spiritual anda.

PSIKOSPIRITUAL KUNCI MENANGANI STRES, KEBIMBANGAN DAN KEMURUNGAN

  • RM40.00


Tags: Masni Md Hasim, Tuan Mohd Ameer Tuan Ismail, Nur Farhana Sulaiman, Fadhilah Othman, 2025, BHEP