Juga boleh dibeli melalui / Also available for purchase at: 

Shopee - Kota Buku - MySiswaPlace


Penulis: Mohd Nur Adzam Rasdi, Noornajihan Ja’afar, Norakyairee Mohd Raus, Mohd Shamsul Hakim Abd Samad, Rahmah Hayati Musa

ISBN: 9786297748733

Tahun Terbitan: 2025

Harga: RM 45.00

Jumlah Muka Surat: 132 m/s.

Buku Panduan Ibadat Haji Mesra OKU Penglihatan merupakan sebuah buku panduan yang telah diringkaskan daripada buku Panduan Kursus Asas Haji terbitan Lembaga Tabung Haji. 

Buku ini dibangunkan khusus bagi memenuhi keperluan bakal jemaah haji dalam kalangan OKU Penglihatan sebagai persediaan sebelum dan semasa melaksanakan ibadah haji di tanah suci. 

Buku panduan ini diterbitkan dalam dua versi, iaitu versi cetakan biasa bagi OKU Penglihatan yang rabun teruk dan versi cetakan Braille. 

Usaha ini bertujuan untuk memudahkan komuniti OKU Penglihatan dalam memahami dan menguasai tatacara pelaksanaan ibadah haji dengan lebih baik dan efektif. 

Dari segi penyusunan, kandungan buku ini dirangka secara sistematik mengikut urutan manasik haji serta digarap dengan pendekatan mesra OKU Penglihatan di samping gaya bahasa yang mudah, jelas dan bersifat mesra pengguna. 

Oleh itu, penerbitan buku ini mencerminkan komitmen terhadap prinsip inklusiviti dalam pelaksanaan ibadah haji khususnya bagi semua lapisan masyarakat, tanpa mengira keupayaan fizikal.

PANDUAN IBADAT HAJI MESRA OKU PENGLIHATAN

  • RM45.00


Tags: Mohd Nur Adzam Rasdi, Noornajihan Ja’afar, Norakyairee Mohd Raus, Mohd Shamsul Hakim Abd Samad, Rahmah Hayati Musa, 2025, FPQS