Juga boleh dibeli melalui / Also available for purchase at: 

Shopee - Kota Buku - MySiswaPlace


Penulis: Mohammad Alias

ISBN: 9786297748382

Tahun Terbitan: 2025

Harga: RM 56.00

Jumlah Muka Surat: 146 m/s.

Profesor Dato' Dr. Mohammad Haji Alias ialah seorang yang serba sederhana tidak suka glamour, low profile jauh dari pepatah "bertelur sebiji riuh sekampung", berwatak lemah lembut, mudah didekati dibawa bicara untuk menyelesaikan sebarang masalah dalam senyum mesra.

Satu perkara yang amat menarik ialah kecintaan beliau kepada ilmu dan bahasa yang bukan bidangnya.

Seperti bahasa Arab, walaupun pada peringkat awal pengajian beliau tidak pernah terdedah kepada bahasa Arab, namun kegigihan dan keyakinannya menjadi pendorong bagi beliau untuk berjaya. 

Sementara faktor usia bukanlah menjadi halangan bagi mencapai sesuatu yang dicita-citakan.

Pada usia awal 70-an
, beliau masih bersemangat untuk mempelajari dan menguasai bahasa Arab dengan baik.

MHA yang saya kenali, seorang yang berdedikasi, berdisiplin tinggi, tegas, teliti, dan mengikut peraturan.

Semasa menjadi Dekan di FEP, UKM, rakan-rakan secara jenaka (dibelakangnya) memanggilnya sebagai "Hero Bongek", merujuk kepada tempat asalnya.

Apapun gelarannya, MHA menyambut dengan senyuman dan tidak menzahirkan kemarahannya. Itulah MHA yag saya kenal. Moga Allah memberkatinya dan kami semua

- Profesor Emeritus Chamsuri Siwar

DARI BONGEK KE NEGARA KANGGAROO: AUTOBIOGRAFI MOHAMMAD ALIAS

  • RM56.00


Tags: Mohammad Alias, 2025, FEM