Juga boleh dibeli melalui / Also available for purchase at: 

Shopee - Kota Buku - MySiswaPlace


Penulis: Ahmad Salman Mohamad Jan, Muhammad Annurdin Sabarudin

ISBN: 9786297748412

Tahun Terbitan: 2025

Harga: RM 34.00

Jumlah Muka Surat: 80 m/s.

Buku Penjagaan Gigi Berdasarkan Hadis Nabawi:Pesan Rasulullah SWA kepada Kita ini menyelami panduan kehidupan yang mulia berdasarkan hadis-hadis Nabi Muhammad SAW dalam menjaga kebersihan mulut dan gigi.

Dalam buku ini, ia menekankan kepentingan penjagaan mulut bukan sahaja dari aspek kesihatan fizikal tetapi juga sebagai ibadah yang mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Melalui koleksi hadis dan penjelasan ilmiah, buku ini membincangkan kepentingan siwak, kebersihan mulut sebagai sebahagian daripada iman, serta hikmah di sebalik tatacara menjaga gigi menurut Islam.

Penulis turut menyentuh isu-isu kontemporari  seperti hukum mendapatkan rawatan pergigian yang selari dengan syariat Islam.

Buku ini didedikasikan kepada umat Islam yang ingin memperkayakan diri dengan amalan sunah dalam aspek kebersihan mulut, di samping memberi panduan praktikal kepada pembaca untuk menjaga kesihatan mulut seiring dengan nilai-nilai Islam.

Jadikan buku sebagai rujukan untuk memupuk cinta kepada Rasulullah SWA dan mengamalkan ajaran Baginda dalam kehidupan harian anda.


PENJAGAAN GIGI BERDASARKAN HADIS NABAWI: PESAN RASULULLAH SAW KEPADA KITA

  • RM34.00


Tags: Ahmad Salman Mohamad Jan, Muhammad Annurdin Sabarudin, 2025, FPG