Juga boleh dibeli melalui / Also available for purchase at:
Shopee - Kota Buku - MySiswaPlace
Penulis: Mashitah Sulaiman, Mohd Azmir Mohd Nizah, Latifah Abdul Latiff, Siti Norbaya Mat Yacob, Anita Ismail
ISBN: 9789674404123
Tahun Terbitan: 2017
Harga: RM 35.00
Jumlah Muka Surat: 232 m/s.
Buku ini terhasil daripada gabungan beberapa orang penulis dan berdasarkan bahan-bahan kuliah kursus Hubungan Etnik sebagai kursus Wajib Universiti dalam Mata Pelajaran Pengajian Umum (MPU) bagi semua pelajar warganegara Malaysia peringkat Sarjana Muda di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
Tujuan utama buku ini dihasilkan adalah untuk memberi kefahaman kepada para pelajar tentang aspek penting hubungan Etnik, khusunya dalam konteks Malaysia.
Hubungan Etnik merupakan subjek yang memerlukan pemahaman yang jelas tentang bagaimana perhubungan sesama manusia dapat diwujudkan seterusnya menyentuh persoalan semasa dalam komunikasi pelbagai etnik dan masyarakat.
Hubungan etnik mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan kestabilan politik, ekonomi, dan sosial semasa negara.
Oleh yang demikian, dalam proses pembangunan negara, usaha bagi mewujudkan perpaduan antara ahli masyarakat perlu dipergiatkan bagi memperkukuh pembangunan politik, ekonomi dan sosial negara.
Tags: Mashitah Sulaiman, Mohd Azmir Mohd Nizah, Latifah Abdul Latiff, Siti Norbaya Mat Yacob, Anita Ismail, 2017, FKP, FEM