Juga boleh dibeli melalui / Also available for purchase at:
Shopee - Kota Buku - MySiswaPlace
Penyunting: Mohd Nizwan Musling, Muhammad Marwan Ismail, Farah Nadia Harun
ISBN: 9786297748641
Tahun Terbitan: 2025
Harga: RM 46.00
Jumlah Muka Surat: 160 m/s.
Buku ini menghimpunkan sembilan bab hasil nukilan barisan pensyarah Sarjana Muda Bahasa Arab dan Komunikasi (SMBAK), Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU).
Bab-bab dalam buku ini membicarakan secara santai tapi ilmiah tentang tokoh-tokoh klasik linguistik bahasa Arab yang telah meletakkan asas kukuh kepada kajian-kajian ilmiah terkait bahasa Arab.
Perbincangan dalam buku ini menjulang sumbangan tokoh-tokoh utama ini dalam pelbagai kajian bahasa yang merangkumi peringkat analisis dan unit asas bahasa iaitu fonetik, fonologi, morfologi, sintaksis, semantik, leksikologi dan leksikografi.
Sembilan bab tersebut memfokuskan kepada sembilan orang tokoh yang dimulakan dengan al-Khalil bin Ahmad al-Farahidi, Sibawayh, Ibn Jinni, Ibn al-Hajib, Ibn Malik, Abu Hayyan al-Andalusi, Ibn Hisham, al-Fairuzabadi, dan diakhiri dengan Ibn Madha’ al-Qurtubi.
Antara aspek utama dibincangkan dalam setiap tokoh tersebut ialah keperibadian, kesarjanaan dan kebitaraan mereka menerusi gagasan pemikiran serta karya mereka yang masih berpengaruh luas sehingga kini.
Maka, buku ini perlu dimiliki oleh para pelajar, pencinta dan pengkaji bahasa Arab khasnya dan masyarakat yang cintakan khazanah keilmuan Islam amnya.
Diharapkan buku ini dapat memberi manfaat kepada semua, menyumbang kepada pemerkayaan wacana ilmiah dalam konteks linguistik Arab, dan pengembangan warisan intelektual tokoh-tokoh tersebut oleh generasi kini dan akan datang.
TOKOH SARJANA LINGUISTIK ARAB: SARJANA KLASIK
- Jenama: Penerbit USIM
- Kod Produk: 9786297748641
- Kewujudan: 1
-
RM46.00
Tags: Mohd Nizwan Musling, Muhammad Marwan Ismail, Farah Nadia Harun, FPBU, 2025