Juga boleh dibeli melalui / Also available for purchase at:
Shopee - Kota Buku - MySiswaPlace
Penyunting: Rosni Samah, Aishah Isahak, Mohamad Yazid Abdul Majid
ISBN: 9786297748627
Tahun Terbitan: 2025
Harga: RM 46.00
Jumlah Muka Surat: 162 m/s.
Buku ini membincangkan tokoh-tokoh awal yang berjaya mengemukakan pandangan dalam proses integrasi ilmu naqli dan aqli dalam bidang sastera, khususnya sastera Arab dan umumnya sastera masyarakat Islam dunia.
Mereka berjaya mengemukakan idea dan gagasan ke arah sastera Islam moden yang bertentangan dengan arus perdana perkembangan sastera moden mengikut acuan Barat.
Gagasan ini merupakan anjakan kritikan daripada bidang sastera moden bagi mengimbangi arus kritikan semasa.
Gagasan ini bertujuan menjadikan sastera Islam sebagai wadah dan wahana dakwah dalam membentuk masyarakat Islam yang syumul.
Tokoh-tokoh ini banyak mengutarakan idea dan kritikan dalam arus perkembangan sastera Islam moden sehinggalah muncul sarjana-sarjana sastera yang mengikuti langkah mereka dengan pelbagai penerbitan berkaitan gagasan sastera Islam yang dapat dihasilkan untuk dijadikan rujukan.
Di samping itu, muncul sasterawan yang prolifik menyumbang dalam perkembangan sastera Islam moden seperti sarjana dan sasterawan Najib al-Kilani dengan kepelbagaian karya kreatifnya yang turut dibincangkan dalam buku ini.
SUMBANGAN SARJANA PELOPOR DALAM KEMUNCULAN SASTERA ISLAM MODEN DI TIMUR TENGAH
- Jenama: Penerbit USIM
- Kod Produk: 9786297748627
- Kewujudan: 1
-
RM46.00
Tags: Rosni Samah, Aishah Isahak, Mohamad Yazid Abdul Majid, 2025, FPBU