Juga boleh dibeli melalui / Also available for purchase at: 

Shopee - Kota Buku - MySiswaPlace


Penulis: Ahmad Usaid Mohamad Asri, Saadan Man, Nurulhuda Ahmad Zaki

ISBN: 9786297748597

Tahun Terbitan: 2025

Harga: RM 63.00

Jumlah Muka Surat: 186 m/s.

Buku Ketum dari Perspektif Hukum Islam membincangkan ketum dari pelbagai dimensi, termasuk latar belakang penggunaannya di Malaysia dalam perubatan tradisional dan potensinya dalam perubatan moden. 

Ia juga menganalisis kebolehgunaan ketum dari perspektif Islam dan membincangkan manfaat kesihatan yang telah lama diakui masyarakat tempatan serta cabaran dan kontroversi penyalahgunaannya. 

Perbincangan ini disokong oleh pakar perubatan dan saintis. Buku ini juga meneliti potensi ketum sebagai alternatif rawatan kesihatan masa depan dan usaha kerajaan dalam mengkaji serta mengkomersialkannya.

Buku ini turut membincangkan hukum-hakam Islam terhadap penggunaan ketum berdasarkan prinsip-prinsip darurah, maslahah dan mafsadah serta menawarkan pandangan holistik tentang ketum sebagai sumber alternatif dalam perubatan moden dan nilai komersialnya sebagai sumber ekonomi negara. 

Walau bagaimanapun, penggunaannya perlu diimbangi oleh mekanisme kawalan ketat bagi mengelakkan risiko penyalahgunaan.

KETUM DARI PERSPEKTIF HUKUM ISLAM

  • RM63.00


Tags: Ahmad Usaid Mohamad Asri, Saadan Man, Nurulhuda Ahmad Zaki, 2025