Pengarang: Abu al-Barakat Ahmad bin Muhammad Ahmad al-Adawi al-Dardir
Penterjemah: Mohamad Aizuddin Abdul Aziz, Muhammad Farid
Wajdi Ab. Rahim
Harga: RM 18.00
ISBN: 9786297636467
Terbitan: 2024
Jumlah Halaman: 43m/s
Penulisan ringkas sebanyak 70 lebih bait ini membicarakan
berkenaan akidah Ahli Sunah Waljamaah yang mencakupi perbahasan ilāhiyyāt,
nubuwwāt dan sam‘iyyāt. Perbincangan berkenaan ilāhiyyāt di dalam karya ini merangkumi
13 sifat wajib bagi Allah Taala dan pengarang turut menyentuh beberapa
permasalahan seperti ta‘alluq dan ru’yah.
Pada bahagian akhir matan, penulis telah menutup
perbincangan kitab ini dengan membincangkan ilmu tasawuf. Beliau menyarankan kepada
pembaca untuk berzikir, menanam sifat harap dan takut, selalu bertaubat dan
bersyukur. Adapun gaya penulisan matan ini, Imam al-Dardīr (w. 1201H) telah menggunakan
gaya penulisan nazam mengikut baḥr al-rajz, iaitu mustaf‘ilun mustaf‘ilun mustaf‘ilun.
Keunggulan matan ini telah mendorong para ulama terkemudian
untuk menghurai dan mensyarahkan matan ini dalam pelbagai huraian. Bahkan pengarang
sendiri turut mensyarahkan matan ini dalam sebuah kitab yang berasingan.
Antara kitab lain yang mensyarahkannya adalah Ḥāsyiat al-Ṣāwī,
Ḥāsyiat Syeikh al-Sibā‘ī dan Ḥāsyiat Syeikh Bakhīt Muṭi‘ī. Huraian ringkas dan panjang
daripada sarjana kontemporari turut dihasilkan oleh Syeikh Sa‘īd Foudah dalam
bentuk tahdhīb dan juga ḥāsy.
SIRI TERJEMAHAN KITAB TURATH MATN AL-KHARIDAH AL-BAHIYYAH
- Jenama: Penerbit USIM
- Kod Produk: 9786297636467
- Kewujudan: Ada Stok
-
RM18.00
Produk Berkaitan
Tags: SIRI TERJEMAHAN KITAB TURATH MATN AL-KHARIDAH AL-BAHIYYAH, 9786297636467, PENERBIT USIM, USIM PRESS, KITAB TURATH