PENYUNTING : MASHITAH SULAIMAN , SITI NOR AZHANI MOHD TOHAR
ISBN : 9786297636153
HARGA: RM 40.00
TAHUN TERBITAN : 2024
JUM/ MUKASURAT : 269 M/S
Etika dan peradaban ialah dua konsep umum
sejagat yang dipilih untuk difahami dalam kursus Penghayatan Etika dan
Peradaban. Kedua-dua konsep ini penting untuk memahami dan menghayati dinamika
sesebuah masyarakat. Buku Penghayatan Etika dan Peradaban ini merupakan
sinisiatif yang dilakukan untuk memberi pengetahuan kepada pembaca tentang
kepentingan penghayatan kepada nilai etika, akhlak dan keperibadian mulia ke arah
pembinaan peradaban yang unggul. Pelbagai istilah, konsep dan isu berkaitan
etika dan peradaban dibincangkan dalam buku ini yang memaparkan sebanyak Sembilan
bab. Penghayatan etika dan peradaban di Malaysa boleh dihuraikan dan difahami
mengikut ‘’acuan Malaysia’’ berdasarkan susur masa evolusi sejarah tersebut.
Perbincangan tentang etika dan peradan juga akan dibahaskan berdasarkan kepada
tiga komponen penting iaitu sejarah, struktur social dan biografi. Selain itu,
pengahyatan etika dan peradan juga akan dibahaskan secara umum berdasarkan
kepada konteks akhlak Islam. Oleh itu, menghayati etika dan peradaban
memberikan kefahaman kepada kita tentang adab, adat istiadat dan adat resam
etnik serta masyarakat pelbagai di Malaysia yang telah diwarisi dari generasi
terdahulu dan pada masa yang sama membangunkan sebuah peradan yang sejahtera
pada masa hadapan.
PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
- Jenama: Penerbit USIM
- Kod Produk: 9786297636153
- Kewujudan: Ada Stok
-
RM40.00