Juga
boleh dibeli melalui pautan di bawah /
Also available for purchase at the link below:
Shopee
- Kota Buku - MySiswaPlace
Penulis:
Nurul Asiah Fasehah Muhamad, Noornajihah Jaafar
ISBN:
9786297534411
Tahun
Terbitan: 2023
Harga:
RM 46.00
Jumlah
Muka Surat: 148 m/s.
Buku
ini memfokuskan perbincangan terhadap kualiti dalaman yang harus ada bagi
setiap guru Pendidikan Islam.
Secara
naratif, perbincangan dalam buku ini dimulakan dengan penerokaan tentang
hakikat diri insan menerusi pandangan alam Islam.
Perkara
ini menjadi paksi kepada perbincangan tentang kualiti guru Pendidikan Islam.
Kemudian
perbincangan diteruskan dengan analisis komperatif antara faham diri Islam dan
Barat dengan membawa beberapa model daripada jalur tradisi Islam dan Barat.
Berikutnya,
pembaca akan dihidangkan dengan peranan guru sebagai khalifah atas platform
guru pendidikan Islam dengan membincangkan beberapa istilah yang melambangkan
diri guru menerusi tradisi Islam iaitu: Muaddib, Murabbi, Mualim, Mudarris dan
Mursyid.
Perbincangan
diteruskan dengan mengetengahkan ciri-ciri guru berkualiti menerusi beberapa
model sarjana Muslim.
Akhirnya,
perbahasan buku ini ditutup dengan mengangkat beberapa ciri penting yang harus
ada dalam diri guru Pendidikan Islam iaitu penguasaan ilmu, kemahiran serta
kesempurnaan sahsiah.
Diharapkan
penerbitan buku ini dapat membantu guru Pendidikan Islam khususnya dalam usaha
menjadi penggerak kepada transformasi pendidikan negara.
MAKNA DIRI DAN KUALITI GURU PENDIDIKAN ISLAM
- Jenama: Penerbit USIM
- Kod Produk: 9786297534411
- Kewujudan: 1
-
RM46.00
Tags: Nurul Asiah Fasehah Muhamad, Noornajihah Jaafar, 2023, FPQS




