Penulis : Nurulwahida Fauzi I Mohd Zaini Zakaria

Harga : RM 50.00

ISBN: 978-967-440-0001-26-5

Tahun terbitan : 2022

Muka surat : 111 m/s


Buku  ini  memfokuskan  perbincangan  tentang  Implementasi  Sunnah  dalam  Konteks  Sosio  Budaya:  Isu  dan  Cabaran.  Ia  membincangkan  saranan dan cadangan yang dikemukakan sejak zaman Rasulullah SAW dalam mendepani kepelbagaian budaya dan adat di dalam masyarakat pada    zaman    baginda,    malah    dipaparkan    idea-idea    yang    amat    bermanfaat   dalam   pembinaan   akhlak   Islamiah   masyarakat   yang   berbilang bangsa pada masa kini. Dalam mendepani wabak COVID-19 yang  menular  dalam  kalangan  masyarakat  seluruh  dunia,  buku  ini  juga  menyentuh perbahasan yang amat kritis berkenaan isu-isu wabak yang berlaku menurut perspektif al-Quran dan Sunnah menerusi kalimah rijzsekali   gus   memperdalami   kaedah-kaedah   terancang   yang   pernah   diusahakan pada zaman baginda SAW. Amalan pencegahan yang telah dipraktikkan  sekian  lama  ini  jelas  dapat  memberi  garis  panduan  dalam  usaha kawalan COVID-19 ke arah yang lebih baik. Buku ini juga secara tidak langsung turut membicarakan kaedah dan cara penyampaian ilmu daripada berbentuk bersemuka kepada dalam talian. Diharapkan buku ini dapat  memberi  panduan  kepada  masyarakat,  mempercambahkan  lagi  ilmu  bagi  segenap  lapisan  masyarakat  dalam  usaha  memperkasakan  khazanah  dan  warisan  al-Quran  dan  Sunnah  sebagai  tunjang  utama  di  dalam kehidupan kita.


IMPLEMENTASI SUNNAH DALAM KONTEKS SOSIO-BUDAYA : ISU DAN CABARAN

  • Jenama: Penerbit USIM
  • Kod Produk: 9789670001265
  • Kewujudan: Ada Stok
  • RM50.00