Penulis: Roslee Ahmad, Ismail Tambi, Mohamad Isa Amat, Salleh Amat, Muhammad Khairi Mahyuddin
Harga: RM 36.00
ISBN: 978-967-440-631-8
Terbitan: 2019
Jum. Halaman: 184 m/s
Buku ini ditulis berdasarkan data-data empirikal mengikut perspektif Asia yang bertentangan dengan penemuan penyelidikan saintifik Barat. Penelitian sumber lepas mendapati peristiwa Stonewall di New York dalam tahun 1979 mencetuskan keraguan dalam DSM III (1973) apabila memansuhkan klasifikasi LGBT dalam karakter parafilias kerana menganggap mereka bukanlah individu yang mengalami gangguan kesihatan mental (berkait personaliti sociopathic) sebaliknya mereka boleh berfungsi dengan baik dalam masyarakat.
Buku ini cuba membawa pembaca untuk memahami maksud orientasi seksual, asal usul seks songsang dan LGBT dalam konteks Asia, peradaban Timur dan nilai-nilai Islam. Hasil penyelidikan mendapati tingkah laku LGBT memerlukan pendekatan pencegahan peringkat awal dan proses bimbingan psiko spiritual. Berdasarkan kajian di peringkat diploma hinggalah ke peringkat sarjana selama enam tahun, maka tercetuslah pembinaan Inventori Pencegahan Perlakuan Lesbian dan Gay dikenali IPGRI & IPLRI (2017).
Kekuatan buku ini adalah hasil gabungan penulis dalam pelbagai bidang termasuk perubatan, kaunseling seksualiti, kaunseling penyalahgunaan dadah dan spiritualiti. Justeru, guru-guru, para kaunselor, psikiatris dan ibu bapa boleh lah menimba ilmu dan mengaplikasikan penggunaan inventori pencegahan simptom-simptom LGBT untuk mengenal pasti anak-anak, kanak-kanak dan remaja terlibat dalam gejala seks songsang.
KAUNSELING TINGKAH LAKU SEKS SONGSANG LGBT
- Jenama: Penerbit USIM
- Kod Produk: 9789674406318
- Kewujudan: Ada Stok
-
RM36.00