Penulis: Chamil Wariya, Mohd Yahya Mohamed Ariffin
Harga: RM 38.00
ISBN: 978-967-440-367-6
Terbitan: 2017
Jumlah Halaman: 220m/s
Buku ini adalah satu penelitian terhadap amalan pembingkaian berita TV ALHIJRAH yang menjenamakan dirinya sebagai stesen televisyen Islam yang pertama di negara ini. Apakah perbezaan kandungan editorial TV ALHIJRAH berbanding berita TV konvensional tempatan lain yang turut menyiarkan program berita pada jam 8.00 setiap malam? Apakah falsafah dan pendekatan kewartawanan TV tersebut dipacu oleh kewartawanan Islam? Apakah nilai-nilai Islam yang terpancar dalam pemilihan item-item berita dalam dan luar negara yang ingin disajikan oleh Berita ALHIJRAH kepada khalayaknya? Untuk mengetahui jawapannya, penulis telah membuat pemerhatian selama 40 hari terhadap Berita ALHIJRAH, selain mengadakan temu ramah dengan pimpinan stesen TV tersebut. Hasil penelitian yang dilakukan sepanjang 2015 dan 2016 dipaparkan dalam buku ini.
ISLAM & KEWARTAWANAN PEMBINGKAIAN BERITA AL HIJRAH
- Jenama: Penerbit USIM
- Kod Produk: 9789674403676
- Kewujudan: Ada Stok
-
RM38.00