Penulis: Normaliza Ab. Malik, Mohd Fauzi Mohd Amin
Harga: RM 30.00
ISBN: 978-967-440-339-3
Terbitan: 2017
Jumlah Halaman: 86m/s
Tuntutan menjaga kesihatan kepada setiap individu haruslah dimulai dengan penjagaan gigi dan mulut atau dikenali sebagai oral. Buku ini memberikan maklumat dan panduan tentang bersugi, penjagaan gigi dan mulut serta hukum-hukum yang berkaitan dengannya daripada pandangan Islam.
Dr Normaliza Ab. Malik ialah pensyarah kanan pergigian dan pakar pergigian di Fakulti Pergigian, USIM. Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda Pembedahan Pergigian dari The University of Adelaide, Australia dan Ijazah Sarjana dalam bidang kepakaran Pergigian Konservatif dari Universiti Malaya, Malaysia. Sebelum ini, pernah berkhidmat dengan Kementerian Kesihatan Malaysia sebagai pegawai dan pakar pergigian.
Profesor Madya Dr Mohd Fauzi Mohd Amin ialah profesor madya di Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, USIM. Kepakaran beliau ialah dalam bidang hadis dan pengajian Islam. Beliau memperoleh sarjana muda di Universiti al-Azhar, sarjana di UKM dan PhD di UM dalam bidang hadis. Aktif dalam penulisan dan penerbitan buku serta jurnal. Antara buku yang pernah diterbitkan bertajuk Al-Sa’yu Al-Hasis Fi Ma’rifati Ulum Al-Hadith. Kini, terlibat sebagai ahli jawatankuasa Lujnah Tauthiq al-Hadith di Kementerian Dalam Negeri dan ahli jawatankuasa pemandu Darul Hadith Malaysia, JAKIM.
BERSUGI & KESIHATAN PERGIGIAN MENURUT ISLAM
- Jenama: Penerbit USIM
- Kod Produk: 9789674403393
- Kewujudan: Ada Stok
-
RM30.00