Penulis: Mahyuddin Hashim, Noornajihan Jaafar, Adnan Mohamed Yusoff, Hj. Norkyairee Hj. Mohd Raus, Mohd. Nur Adzam Rasdi
Harga: RM 22.00
ISBN: 978-967-440-264-8
Terbitan: 2016
Jumlah Halaman: 48m/s
Proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) Modul al-Quran dalam kalangan murid berkeperluan khas masalah penglihatan (MBK MaL) masih terdapat kelompongan kerana kekurangan bahan bantu mengajar (BBM) dan bahan rujukan Islami versi Braille. Penghasilan produk awal buku Iqra' versi Braille merupakan langkah awal untuk mempertingkatkan usaha, penyediaan dana dan mengadakan jaringan, penyelidikan bagi mengatasi isu ini.
Protokol analisis dokumen yang dijalankan mendapati bahawa kebanyakan bahan teks (Arab dan Jawi) yang telah dihasilkan oleh PERTIS khasnya adalah mengikut standard dan format yang telah dispesifikasikan oleh Sektor Teknikal Penerbitan, Bahagian Buku Teks, KPM. Justeru, fokus utama monograf ini adalah bertujuan untuk mengetengahkan standard yang telah digunakan dalam mentranskripsi penulisan Arab/ Jawi Braille bagi membantu keberkesanan proses PNP MBK MaL. Buku Iqra' (Jilid 1-6) karangan K.H. As'ad Humam dijadikan sebagai sampel dalam penyelidikan ini. Buku ini merupakan silibus yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dalam kaedah P&P Modul (KSSR) bagi MBK MaL di sekolah
MONOGRAF STANDARD TRANSKRIPSI PENULISAN ARAB/ JAWI BRAILLE
- Jenama: Penerbit USIM
- Kod Produk: 9789674402648
- Kewujudan: Out Of Stock
-
RM22.00