Penyunting: Mohd Faizal Kasmani
Harga: RM28.00
ISBN: 9789674402907
Terbitan: 2016
Jum. Halaman: 176 m/s
Wacana terhadap pengamalan media di negara Islam kebanyakannya terhad kepada persoalan kebebasan media dan kebebasan bersuara. Berdasarkan konteks tersebut, perbandingan kewartawanan di negara Islam sering tertumpu untuk melihat perbezaan antara praktis kewartawanan Barat dan Islam.
Namun, para ilmuwan komunikasi masih tidak dapat memberikan gambaran yang praktikal mengenai perbezaan etika kewartawanan Islam dan Barat. Pengkategorian kewartawanan kepada Islam dan Barat dianggap terlalu simplistik kerana praktik kewartawanan itu sendiri adalah lebih kompleks.
Buku ini cuba mengupas aspek kewartawanan di negara Islam dan pelaporan terhadap Muslim berdasarkan hubungan dengan masyarakat dan bagaimana praktis kewartawanan itu diajar dan diamalkan. Selain itu, turut mengupas impak faktor ekonomi, politik dan budaya kepada produk kewartawanan di negara Islam dan terhadap umatnya.
KEWARTAWANAN DAN ISLAM ~ ISU DAN CABARAN SEMASA
- Jenama: Penerbit USIM
- Kod Produk: 9789674402907
- Kewujudan: Ada Stok
-
RM28.00