Penulis: Salhah Abdullah
Harga: RM 28.00
ISBN: 978-967-440-132-0
Terbitan: 2015
Jum. Halaman: 161 m/s
Buku ini berkongsi kefahaman tentang konsep “harga diri” daripada sudut falsafah Islam dan Barat menggunakan pengalaman benar dan kajian ilmiah dalam bentuk gaya bahasa yang mudah difahami.
Perkara yang paling berharga yang ingin dikongsi oleh penulis adalah mendekatkan pembaca untuk menyelami kefahaman remaja tentang nilai harga diri tanpa mengabaikannya daripada pelbagai perspektif (pendidik dan ahli psikologi kaunseling).
Sebanyak 20 resipi membina harga diri dimuatkan sebagai panduan oleh semua golongan khususnya remaja yang sering berhadapan dengan dilema hilang harga diri.
Sesiapa sahaja pasti mendapat manfaat apabila membaca buku ini kerana keunikan yang menggabungkan isu-isu yang berat tentang keruntuhan akhlak lantaran kurang kefahaman tentang nilai akhlak dan moral yang mendasari nilai harga diri.