Penulis: Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim
Harga: RM 10.00
ISBN: 978-967-440-297-6
Terbitan: 2016
Jum. Halaman: 100 m/s
Dr. Mizan Adiliah Binti Ahmad Ibrahim ialah Profesor dalam bidang Kaunseling di Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Kerjaya beliau bermula sebagai seorang guru, pensyarah di Maktab Perguruan Ilmu Khas (MPIK), pensyarah di Universiti Pertanian Malaysia (UPM) dan kini pensyarah di USIM. Pernah menjadi Ketua Unit Kaunseling di MPIK, Ketua Program Kaunseling di UPM, Dekan Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan USIM serta Pengarah Program Permata Insan USIM.
Beliau merupakan antara para kaunselor yang menubuhkan Persatuan Kaunselor Malaysia (PERKAMA). Menjadi ahli seumur hidup badan profesional tersebut dan Felo Kehormat PERKAMA. Beliau juga bergerak cergas dalam badan-badan amal (NGO) dan memimpin beberapa badan amal. Beliau telah menulis beberapa buah buku berkaitan kaunseling, menulis dalam jurnal mengambil bahagian dalam forum dan seminar dalam dan luar negara. Beliau berminat menjalankan penyelidikan dan program-program pembangunan insan dalam bidang kaunseling, psikologi dan pendidikan.
SIRI SYARAHAN PERDANA ~ KAUNSELING SEBAGAI STRATEGI PEMBANGUNAN NEGARA
- Jenama: Penerbit USIM
- Kod Produk: 9789674402976
- Kewujudan: Out Of Stock
-
RM10.00