Penulis: Syamsul Bahri Andi Galigo
Harga: RM 26.00
ISBN: 978-967-0393-41-4
Terbitan: 2012
Jum. Halaman: 157 m/s
Risalah “al-Nafhah al-Sailaniyyah” merupakan turas tasawuf yang masyhur di Nusantara. Ia ditulis oleh Syeikh Yusuf al-Taj, ulama Makassar yang cukup terkenal di Alam Melayu. Risalah ini bertujuan untuk memberi penjelasan kepada umat Islam tentang kedudukan ilmu tasawuf dalam Islam, termasuk cara melakukan suluk, mendekatkan diri (taqarub) kepada Allah melalui ibadah dan zikrullah. Buku ini boleh dianggap sebagai pembuka tabir untuk lebih mengenali lagi kedudukan ilmu tasawuf sebagai bahagian yang tidak dipisahkan dengan ilmu-ilmu Islam yang lain seperti ilmu fikah dan juga ilmu tauhid. Penerbitan buku ini dapat menjelaskan kefahaman terhadap kekeliruan yang boleh menghakis citra ilmu tasawuf sebagai ilmu fardu ‘ain dalam membangunkan kefahaman Islam umat Islam.
SYAMSUL BAHRI ANDI GALIGO, Profesor Madya di USIM, berkelulusan al-Aliyah di Universiti Azhar, MA di Universiti Cairo dan Doktor Falsafah di UKM. Beliau banyak menyelidik tentang akidah, dakwah dan tasawuf. Sekarang beliau bertugas sebagai penyelidik utama di Pusat Pengkajian Kefahaman Ahli Sunnah Waljama’ah di Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) Brunei Darussalam. Antara karya tulisannya ialah: Dirasat fi al-fikr al-Islami al-mua’asir, Muhadarat fi al-‘aqidah al-Islamiyah, Muhadarat fi adab al-Ikhtilaf, Kunci Memahami Ilmu Tasawuf dan Isu-isu Pemikiran Islam.