978-967-5295-98-0
MAHYUDIN BIN HASHIM
2012
Buku ini membincangkan pemikiran Sufi antara Imam Shatibi dan Imam Ibnu Khaldun. Kedua-dua tokoh ini adalah tokoh besar dalam bidang keilmuan Islami. Mereka berdua hidup dalam kurun yang sama iaitu pada kurun ke-8H. Buku-buku mereka telah menjadi rujukan kepada para penyelidik sama ada Islam atau pun bukan Islam. Kebanyakan kajian dan penyelidikan mereka adalah kebanyakan dalam bidang Quran, hadis, fiqh, usul fiqh, aqidah, kemasyarakatan, sejarah dan lain-lain lagi. Ini menunjukkan ketinggian ketokohan mereka berdua dalam dunia Islam.
Penulisan buku ini sangat penting kerana ia mengemukakan penemuan baru dalam bidang tasawuf. Sebelum ini Imam Shatibi sangat masyhur dalam bidang ilmu usul fiqh sehingga dikenali sebagai pengasas ilmu maqasid syariat. Imam Ibnu Khaldun pula terkenal dalam bidang kemasyarakatan sehingga dikenali sebagai pengasas ilmu sosiologi. Melalui penulisan buku ini, satu penemuan baru dapat diketengahkan dengan memperkenalkan Imam Shatibi dan Imam Ibnu Khaldun dalam bidang tasawuf serta perbandingan pandangan di antara kedua-dua tokoh ini dalam bidang tersebut.
Buku ini mengandungi pendahuluan, bab Tamhidi dan empat bab utama dan penutup. Dalam bab tamhidi, diterangkan biodata dan kehidupan kedua-dua tokoh ini. Bab pertama pula menyentuh tentang pandangan Imam Shatibi dan Imam Ibnu Khaldun terhadap mujahadah melawan nafsu. Bab kedua pula membicarakan tentang pandangan Imam Shatibi dan Imam Ibnu Khaldun terhadap manhaj amali ahli tasawuf termasuklah perbincangan tentang sejauh mana keperluan syeikh, zikir dan menuntut ilmu dalam tasawuf. Bab ketiga mengutarakan pandangan Imam Shatibi dan Imam Ibnu Khaldun terhadap beberapa maqam dan hal dalam tasawuf. Bab terakhir pula membicarakan tentang sikap Imam Shatibi dan Imam Ibnu Khaldun terhadap hasil dan kesan daripada tasawuf seperti perbincangan tentang pemisahan antara syariat dengan hakikat oleh sesetengah ahli tasawuf, takwil batini, hulul, wehdatul wujud dan ilmu rahsia huruf. Di dalam penutup, dikemukakan dapatan daripada penulisan buku ini.
Antara hasil dapatan daripada buku ini ialah Imam Shatibi dan Imam Ibnu Khaldun bersikap sederhana dan adil terhadap tasawuf. Mereka menolak tasawuf yang membawa kepada bidaah dan kemungkaran seperti pemikiran hulul dan wehdatul wujud di samping bersifat terbuka dan menerima tasawuf yang berpandukan kepada Quran dan hadis.
AL-FIKRU AS-SUFI BAYNA AS-SYATIBI WA IBNU KHALDUN
- Jenama: Penerbit USIM
- Kod Produk: 9789675295980
- Kewujudan: Ada Stok
-
RM50.00