978-967-5295-66-9
AZMAN AB RAHMAN
AMIRUDDIN MOHD SOBALI
SYED MOHD NAJIB SYED OMAR
2012
Buku "Keengganan Membayar Zakat Menurut Perspektif Syarak Dan Perundangan Islam di Malaysia" memberi penekanan kepada kaedah pemulihan yang dianjurkan oleh Al-Quran dan diperkemaskan lagi dengan pendekatan yang digunakan oleh Nabi Muhammad SAW kepada golongan-golongan yang enggan mengeluarkan zakat. Perbincangan juga turut merangkumi pandangan daripada perspektif perundangan Islam yang sedia ada di Malaysia. Penerbitan buku ini merupakan salah satu kesinambungan usaha daripada penulisan ulama-ulama terdahulu yang berkaitan dengan zakat tetapi menggunakan kaedah perbahasan terkini yang memberi fokus kepada isu keengganan membayar zakat dikalangan umat Islam. Walaupun masih terkawal, ia sedang menular dalam masyarakat tanpa kita sedari akibat kemerosotan tahap keimanan dalam diri manusia. Semoga buku ini dapat memberi maklumat asas tambahan kepada masyarakat yang berminat untuk mengetahui dan memahami tentang kesan daripada keengganan membayar zakat dalam Islam dan perundangan di Malaysia.
KEENGGANAN MEMBAYAR ZAKAT MENURUT PERSPEKTIF SYARAK DAN PERUNDANGAN ISLAM DI MALAYSIA
- Jenama: Penerbit USIM
- Kod Produk: 978-967-5295-66-9
- Kewujudan: Out Of Stock
-
RM30.00