ISBN: 978-967-5295-32-4
Tahun: 2010
Penulis:
- REZKI PERDANI SAWAI
- SAPORA SIPON
Sinopsis:
Buku “Permata Berbicara” merupakan satu panduan umum kepada ibu bapa bagaimana untuk berkomunikasi secara berkesan dengan anak-anak. Buku ini dimulai dengan tajuk pertama iaitu membicarakan anak sebagai permata, dan apa yang dimaksudkan dengan komunikasi dan elemen-elemennya. Keperluan komunikasi dan bagaimana ibu bapa dapat berbicara atau berkomunikasi dengan kanak-kanak dimuatkan dalam bab dua. Cara berkomunikasi yang efektif mengikut peringkat umur bayi diutarakan dalam bab seterusnya iaitu bab tiga. Seni mendengar seperti mendengar secara aktif dan reflektif, pendengar yang bersaing, tekun dan mendengar secara pasif serta pendengar yang aktif dan reflektif adalah tajuk dalam seterusnya. Mendengar mempunyai halangannya dalam proses komunikasi yang berkesan dan pembaca didedahkan dengan halangan dalam komunikasi (bab lima) serta diikuti dengan tips berkomunikasi dengan baik (bab enam). Satu tajuk yang menarik turut dimuatkan dalam buku ini ialah komunikasi menurut perspektif Islam yang memuatkan contoh komunikasi Nabi Muhammad SAW dengan isteri, anak, cucu serta sahabat. Turut dimuatkan modul komunikasi, ibu bapa dan anak sebagai bonus kepada pembaca.
SIRI PERMATA INSAN - PERMATA BERBICARA: KOMUNIKASI DALAM KELUARGA
- Jenama: Penerbit USIM
- Kod Produk: 9789675295324
- Kewujudan: Out Of Stock
-
RM15.00