ISBN: 978-967-5295-19-5
Tahun: 2010
Penulis:
- WONG YONGBAO
- AHMAD MUSA
Snopsis:
Buku ini membahaskan teori komprehensif mengenai pensaksian di dalam undang-undang Islam. Penulis menjelaskan elemen-elemen saksi dari sudut perundangan, kebijaksanaan, keadaan, peraturan dan lain-lain yang berkaitan. Selain itu, buku ini turut membincangkan hubungan yang ada di antara saksi dan beberapa bukti paling penting yang lain seperti kaitannya dengan pengakuan dan sumpah. Selain itu, penulis turut menjelaskan beberapa isu penting berkaitan dengan saksi seperti tazkiyah al-shuhud (pemeriksaan saksi), al-ruju’ al-syahadat (pengeluaran saksi), al-syahadat ‘ala al-syahadat (saksi pada saksi) dan tanggung jawab kadi (hakim), al-muzakki (pemeriksa) serta pensaksian syahid (saksi) dalam sesuatu kes. Di akhir buku ini, penulis membahaskan beberapa hasil pemerhatiannya antaranya pemahaman teori undang-undang Islam adalah sangat jelas dan benar-benar berbeza dari konsep Barat kerana proses pemeriksaan saksi memerlukan ketelitian dan fikiran yang cerdas untuk mengesahkan hak-hak dalam Undang-undang Islam yang belum ditemui dalam undang-undang buatan manusia yang lain.
NAZARIYAH AL-SYAHADAH WA TATBIQATUHA FIL AL-SYARIAH AL-ISLAMIYAH: DIRASAH
- Jenama: Penerbit USIM
- Kod Produk: 9789675295195
- Kewujudan: Out Of Stock
-
RM50.00