Juga boleh dibeli melalui / Also available for purchase at: 

Shopee - Kota Buku - MySiswaPlace


Penyunting: Mawar Safei, Kamariah Kamarudin

ISBN: 9786297748719

Tahun Terbitan: 2025

Harga: RM 38.00

Jumlah Muka Surat: 159 m/s.

Buku ini menghimpunkan karya dan proses kreatif Sasterawan Negara Siti Zainon Ismail, Abdul Halim Ali, Kamariah Kamarudin, Mawar Safei, Ramzah Dambul dan Shamsuddin Othman berdasarkan keluk dan singgahan kembara haji. 

Bagaimana setiap mereka mentafsir perhimpunan wukuf, tawaf, sai, tahalul dengan berselang latar di Muzdalifah atau khemah-khemah di Mina. 

Ternyata di tangan penulis ini, setiap gerak itu menjadi ilham yang menghunjam. Catatan, ingatan, imbauan itu selanjutnya dibaurkan dalam ruang seni mengarang. 

Lalu pengembaraan dan perhimpunan ruhani itu bersilih menjadi aneka makna dan tanggapan yang dalam. 

Dr. Shafie Abu Bakar, penjana teori kesusasteraan takmilah menulis kata pengantar buku ini. Beliau menanggap bahawa rata-rata karya nukilan dalam buku Nukilan Nurani dari Tanah Suci: Proses Kreatif Cerpen dan Puisi Haji menepati tuntutan takmilah, iaitu karya yang menuju jalan-jalan kesempurnaan.

NUKILAN NURANI DARI TANAH SUCI PROSES KREATIF CERPEN DAN PUISI HAJI

  • RM38.00


Tags: Mawar Safei, Kamariah Kamarudin, 2025