Juga boleh dibeli melalui / Also available for purchase at: 

Shopee - Kota Buku - MySiswaPlace


Penulis: Muhamad Rafiqi Hehsan

ISBN: 9786297748689

Tahun Terbitan: 2025

Harga: RM 35.00

Jumlah Muka Surat: 112 m/s.

Epidural analgesia atau ubat tahan sakit semasa bersalin merupakan salah satu inovasi dalam pengurusan kesakitan semasa bersalin dan memberikan kelegaan kepada ramai wanita. 

Walau bagaimanapun, seperti prosedur perubatan yang lain, epidural analgesia juga telah menghasilkan pelbagai persoalan, kebimbangan, dan juga mitos. 

Mitos yang paling ketara, adakah epidural analgesia akan menyebabkan sakit belakang yang berpanjangan selepas kelahiran? Penulis melalui kajian yang telah dijalankan akan mengupas dengan lebih lanjut adakah tanggapan tersebut adalah benar, atau sekadar mitos yang digembar-gemburkan masyarakat. 

Semoga buku ini juga secara tidak langsung, memberikan kefahaman kepada para ibu, untuk membuat pilihan semasa proses kelahiran dijalankan. 

Ini bagi memastikan bahawa setiap perjalanan wanita menjadi seorang ibu adalah suatu proses yang selesa, selamat dan terjamin.


EPIDURAL DAN SAKIT BELAKANG SELEPAS BERSALIN: MITOS ATAU REALITI

  • RM35.00


Tags: Muhamad Rafiqi Hehsan, 2025, FPSK