Penulis:
Mohd Zamrus Mohd Ali, Irwan Mohd Subri, Muhammad Azan Tamar Jaya, Nurdalila A'wani Abd Aziz, Nurhidaya Mohamad Jan, Awwab Bakri Mohamed, Naemah Hanim Illani Mat Said
Harga: RM 30.00
ISBN: 9786297636757
Terbitan: 2024
Jum. Halaman: 62 m/s
Buku Kaedah Hafazan al-Quran Tematik memperkenalkan secara lengkap dan praktikal suatu pendekatan baharu dalam menghafaz al-Quran.
Kaedah ini disusun khusus dan disesuaikan oleh kumpulan penyelidik Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengunakan dana geran penyelidikan untuk mendukung persekitaran pembelajaran murid-murid pintar berbakat di Kolej Permata Insan (KPI).
Ia juga sesuai dipraktikkan di sekolah-sekolah arus perdana lainnya. Secara asasnya metode tematik ini memudahkan hafalan.
Dengan cara memandu murid-murid dalam menghafaz ayat-ayat al-Quran berasaskan tema-tema dan cerita-cerita yang saling terkait; ia memberikan konteks yang lebih mendalam dan pemahaman yang lebih luas.
Buku ini menyajikan panduan lengkap, dari rancangan pelaksanaannya hingga pendekatan pentaksirannya.
Diharapkan melalui buku Kaedah Hafazan al-Quran Tematik, perkongsian kecil ini dapat memberikan manfaat, menyuntik motivasi dan menyumbang kepada kemeriahan dunia hafazan al-Quran di Malaysia, khususnya bagi sekolah-sekolah tahfiz.
KAEDAH HAFAZAN AL-QURAN TEMATIK
- Jenama: Penerbit USIM
- Kod Produk: 9786297636757
- Kewujudan: Ada Stok
-
RM30.00
Tags: KAEDAH HAFAZAN AL QURAN TEMATIK, penerbit usim, usim press, hafazan, 9786297636757