Juga boleh dibeli melalui / Also available for purchase at:
Shopee - Kota Buku - MySiswaPlace
Penyunting: Nur Saadah Hamisan@Khair, Nor Aniza Mad Azeri
ISBN: 9786297534954
Tahun Terbitan: 2023
Harga: RM 54.00
Jumlah Muka Surat: 240 m/s.
Buku ini membicarakan tentang emansipasi wanita yang dibahaskan oleh beberapa ulama Melayu dalam penulisan mereka sama ada secara langsung mahupun tidak langsung.
Emansipasi wanita merujuk kepada pembebasan bagi wanita daripada dibelenggu oleh diskriminasi yang menyekat mereka daripada mendapat hak sepertimana yang digariskan dalam agama.
Buku ini menjelaskan tentang persepsi ulama Melayu terhadap emansipasi wanita dalam beberapa karya terpilih dengan menekankan kepada perbahasan yang berasaskan al-Quran dan hadis.
Kedua-dua sumber penting ini menyentuh isu berkaitan wanita dalam pelbagai aspek, dan dikupas dengan menarik oleh ulama Melayu bahawa wanita terpelihara di bawah lindungan agama.
Peranan wanita khasnya dalam aspek pendidikan juga sangat dititikberatkan oleh ulama Melayu dan turut dibincangkan dalam buku ini.
Perbincangan juga meliputi pendekatan baharu dalam menginterpretasi teks agama berkaitan dengan isu-isu wanita, dan menilai kerelevanannya dengan masyarakat pada hari ini.
Malah, sumbangan ulama Melayu harus dihargai atas usaha mereka dalam memperjuangkan hak wanita di bawah landasan agama kerana Islam ialah rahmat buat sekalian manusia, sama ada lelaki mahupun wanita.
EMANSIPASI WANITA BERDASARKAN PERSPEKTIF ULAMA MELAYU
- Jenama: Penerbit USIM
- Kod Produk: 9786297534954
- Kewujudan: Ada Stok
-
RM54.00
Tags: Nur Saadah Hamisan@Khair, Nor Aniza Mad Azeri, 2023, FPQS