Juga boleh dibeli melalui / Also available for purchase at:
Shopee - Kota Buku - MySiswaPlace
Penyunting: Dil Froz Jan Sayed Halem Shah, M Mascitah Mansor, Nur Huda Faujan
ISBN: 9786297534497
Tahun Terbitan: 2023
Harga: RM 30.00
Jumlah Muka Surat: 172 m/s.
Menggugurkan bunga-bunga kata yang basah setelah disirami hujan puisi yang dingin. Walaupun sedetik, masa tidak akan kembali seperti bunga yang berguguran ke bumi tanah.
Namun, kata yang basah mampu meresap ke atma yang tandus dengan seribu perasaan. Ribuan gelodak jiwa berpaksikan masa berdetak hebat dalam puisi nukilan pengkarya.
“Demi masa sesungguhnya, manusia dalam kerugian” adalah benar. Masa yang pergi diberi pengertian berlainan. Rentak berbeza memberikan sorotan yang bermakna tentang pentingnya masa dalam kehidupan insan.
Puisi dan masa ialah kenangan. Atas nama masa, banyak ingatan terbelenggu dan masih merantai daya fikir kita selagi hidup. Jelas terlihat, para pemuisi naskhah seolah-olah larut dalam masa bagi mencorak aksara jiwa dalam karya masing-masing.
Himpunan puisi dalam antologi ini menyerlahkan dimensi manifestasi masa dalam pelbagai sudut pandang. Hal ini kerana sentuhan kata yang bercanda dengan masa menimbulkan ritma mesej yang beraneka nada.
Nada melankolik bagaikan takdir yang menindih diri, nada protes bagaikan memberontak kepada diri kerana tidak seia antara hati dengan akal, manakala nada romantic bagaikan diri terawang-awang bersama-sama masa yang beransur pulang.
Dengan kata lain, sesungguhnya, hidup kita bagaikan melarik masa dalam kehidupan yang tidak panjang, fana di atas muka bumi ini.
ANTOLOGI PUISI MELARIK MASA
- Jenama: Penerbit USIM
- Kod Produk: 9786297534497
- Kewujudan: Out Of Stock
-
RM30.00
Tags: Dil Froz Jan Sayed Halem Shah, M Mascitah Mansor, Nur Huda Faujan