Juga boleh dibeli melalui / Also available for purchase at: 
Shopee - Kota Buku - MySiswaPlace
Penyunting: Mohd Yatim Dolir, Habibah Ismail, Siti Suriani Othman
ISBN: 9786297534251
Tahun Terbitan: 2023
Harga: RM 50.00
Jumlah Muka Surat: 177 m/s.
Kita
 sering mendengar perumpamaan masa ibarat emas dan masa ibarat pedang. 
Kepentingan masa dalarn kehidupan seharian setiap dari kita memang tidak
 dapat dinafikan lagi. 
Biarpun kepentingan masa telah ditanam 
dalam diri sejak dari kecil, masih ramai yang culas serta masih belum 
mampu mengawal dan menguruskan masa dengan sebaik-baiknya. Di mana 
silapnya Keadaan ini?
Maka, rencana dalam buku ini mengupas 
tentang hakikat masa dan kehidupan seharian kita. Di samping peringatan 
tentang hakikat masa seperti yang dinukilkan dalam al-Quran dan hadis, 
karya-karya dalam buku ini turut menyelitkan tip menguruskan masa dengan
 lebih baik, serta kupasan lebih kritikal yang melihat dari perspektif 
psikologi dan sains.
Melalui projek buku antologi rencana ini, 
karya-karya daripada para penulis rencana dari seluruh negara 
dikumpulkan, dengan latar belakang pengkarya terdiri daripada pensyarah,
 ilmuan, pelajar, serta ahli masyarakat pelbagai peringkat umur. 
Melalui
 karya-karya ini, ilham dan perspektif menarik tentang masa dan 
kepentingannya disusun menjadi satu koleksi istimewa yang sesuai untuk 
ditatap oleh setiap lapisan masyarakat
ANTOLOGI RENCANA MASA BUKAN SEKADAR EMAS
- Jenama: Penerbit USIM
 - Kod Produk: 9786297534251
 - Kewujudan: 1
 
- 
              
RM50.00
 
Tags: Mohd Yatim Dolir, Habibah Ismail, Siti Suriani Othman, FKP








