Penulis : Nurul Asiah Faehah Muhammad, Adnan Mohamed Yusoff, Syar Meeze Mohd Rashid, Siti Ramna Khamaruddin
Harga : RM 32.00
ISBN: 978-967-440-0001-75-3
Tahun terbitan : 2022
Muka surat : 71 m/s
Buku ini membincangkan istilah ibadah dalam
Bahasa Isyarat Malaysia (BIM). Secara naratif, perbincangan dalam buku ini
dimulakan dengan penerokaan terhadap keperluan OKU Pekak terhadap BIM bagi
istilah ibadah. Kemudian perbincangan diteruskan dengan menelusuri
istilah-istilah ibadah yang perlu dibangunkan dalam bentuk BIM kepada OKU Pekak
Muslim di Malaysia untuk mempelajari dan mengamalkan ibadah dengan lebih
sempurna. Berikutnya, pembaca akan dihidangkan dengan reka bentuk dan pembangunan
BIM untuk istilah ibadah. Akhirnya, perbahasan buku ini ditutup dengan
memperincikan fasa penilaian istilah ibadah yang telah dibangunkan dalam bentuk
BIM. Buku ini diharapkan dapat memberikan sedikit sebanyak maklumat berkaitan
dengan komuniti OKU Pekak Muslim di Malaysia terutama kepada penyelidik, para
guru, kementerian, persatuan dan pertubuhan bukan kerajaan.
ISTILAH IBADAH DALAM BAHASA ISYARAT MALAYSIA (BIM)
- Jenama: Penerbit USIM
- Kod Produk: 9789670001753
- Kewujudan: Ada Stok
-
RM32.00