Penulis:
Nor Hamizah Ab Razak, Ku Suhaila Ku Johari, Mohd Izwan Mahmud.
Harga: RM
32.00
ISBN:
978-967-0001-46-3
Tahun Terbitan:
2022
Jumlah Halaman:
103 m/s
Kanak-kanak pintar ialah kanak-kanak
yang dikategorikan sebagai kanak-kanak berkeperluan khas. Golongan ini memiliki
tahap perkembangan dan pertumbuhan kognitif, emosi dan sosial yang berbeza jika
dibandingkan dengan kanak-kanak biasa.
Kanak-kanak pintar yang dikenali sebagai
individu yang mempunyai kebolehan kognitif, daya kreativiti dan komitmen tugas
yang tinggi juga didapati sering mengalami isu-isu berkaitan sosial dan emosi.
Ini disebabkan oleh faktor seperti
ketidakselarasan perkembangan di antara umur akal dan fizikal, sikap
kesempurnaan melampau dan ekspektasi yang tinggi daripada masyarakat.
Elemen membuat keputusan dan resilien diperlukan
dalam usaha untuk kanak-kanak pintar ini berhadapan dengan isu sosial dan
emosi. Antara unit yang mampu menyumbang kepada perkembangan psikologi
kanak-kanak pintar ialah perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.
Pendekatan terapi bermain merupakan
salah satu pendekatan yang digunakan dalam perkhidmatan bimbingan dan kaunseling
dan juga telah dikenal pasti memiliki elemen yang selari dengan ciri unik
kanak-kanak ini. Integrasi antara pendekatan terapi bermain Barat dan
pendekatan Islam mampu membantu perkembangan kanak-kanak secara holistik.
TERAPI BERMAIN KOGNITIF TINGKAH LAKU KEMAHIRAN MEMBUAT KEPUTUSAN & RESILIENSI KANAK-KANAK PINTAR
- Jenama: Penerbit USIM
- Kod Produk: 9789670001463
- Kewujudan: Ada Stok
-
RM32.00
Tags: TERAPI BERMAIN KOGNITIF TINGKAH LAKU KEMAHIRAN MEMBUAT KEPUTUSAN & RESILIENSI KANAK-KANAK PINTAR, 9789670001463, penerbit usim, usim press, pemulihan, terapi