Penulis : Mohammad Najib Jaffar I Nurkhamimi Zainuddin I Mohd Mahyeddin Mohd Salleh I Mohammad Imran Ahmad

Harga : RM 48.00

ISBN: 978-967-440-0001-62-3

Tahun terbitan : 2022

Muka surat : 111 m/s


Buku ini mempunyai lima bab yang membincangkan   tentang   analisis   keperluan         dan         pembinaan         kurikulum  asas  bahasa  Arab  untuk  pelancongan  Islam.  Ia  mencakupi  tajuk-tajuk seperti pengenalan yang mengupas objektif dan kepentingan buku   ini   diterbitkan.   Menariknya,   buku ini juga menghuraikan tentang bahasa Arab untuk tujuan khusus dan perbezaannya dengan bahasa Arab untuk tujuan am. Apa yang istimewanya buku ini adalah penerangan tentang analisis keperluan bahasa Arab untuk pelancongan Islam  berasaskan Model i-Tourism iaitu  kekurangan  (lacks),  kehendak  (wants)  dan  keperluan  (necessities)  selain  memuatkan  kurikulum  asas  Bahasa  Arab  Untuk  Pelancongan  Islam  mengikut  pelbagai    tema    seperti    Pelancongan    Membeli-belah,    Ekopelancongan,    Pelancongan  Rekreasi  dan  Pelancongan  Kebudayaan  dalam  dwibahasa  iaitu  bahasa  Arab  dan  bahasa  Melayu.  Bagi  penutur  bukan  jati,  kurikulum  ini  memberikan  kemudahan  transliterasi  untuk  membaca  tulisan  istilah  dan  ayat  komunikasi  bagi  setiap  tema  bagi  memastikan  pembaca  mendapat  manfaat  optimum  daripadanya.  Di  samping  itu,  penerangan  tentang  panduan  rukhsah  ibadah  kepada  pembaca  dan  pelancong  turut  dimuatkan  di  dalam  buku  ini  kerana melancong merupakan suatu ibadah.

BAHASA ARAB UNTUK PELANCONGAN ISLAM : ANALISIS KEPERLUAN DAN PEMBINAAN KURIKULUM ASAS

  • Jenama: Penerbit USIM
  • Kod Produk: 9789670001623
  • Kewujudan: Ada Stok
  • RM48.00