Penulis : Nur Saadah Hamisan@Khair I Norzulaili Mohd Ghazali
Harga : RM 40.00
ISBN: 978-967-0001-16-6
Tahun terbitan : 2022
Muka surat : 123 m/s
Penglibatan wanita dalam periwayatan dan penyampaian hadis bukanlah perkara asing. Biarpun berbeza jantina, wanita memainkan peranan penting seperti lelaki dalam ilmu hadis kerana mempelajari hadis adalah antara cara terbaik untuk mengenali sejarah kehidupan Nabi Muhammad SAW. Muhaddithat ialah wanita yang bukan sahaja meriwayatkan hadis tetapi juga mempunyai kepakaran dalam bidang hadis. Mereka ialah bidadari yang memanfaatkan seluruh kehidupan mereka dengan kata-kata Nabi SAW dan menghidupkan sunah Baginda. Buku ini menghimpunkan ulama hadis dalam kalangan wanita yang disusun mengikut kurun (tahun hijrah). Secara keseluruhannya, buku ini menghidangkan biodata Muhaddithat secara santai dan ringkas, serta mengetengahkan nama-nama Muhaddithat sama ada yang dikenali ramai mahupun tidak. Ia juga turut menyentuh tentang sumbangan mereka yang boleh dijadikan contoh oleh generasi pada masa kini kerana para wanita ini ialah bidadari dunia yang menjadi perhiasan terbaik sepanjang zaman dan tidak wajar dilupakan.