Penulis: Amin Al Haadi Shafie, Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim
Harga: RM 55.00
ISBN: 9789674409623
Tahun Terbitan: 2021
Muka Surat: 143 m/s
Konsep kendiri ialah gambaran seseorang
mengenai dirinya seperti yang difahaminya atau idea seseorang mengenai dirinya
sendiri. Buku ini memperkenalkan lapan komponen yang membentuk konsep kendiri
iaitu identiti kendiri, kepuasan kendiri, tingkah laku kendiri, kendiri
fizikal, kendiri moral dan etika, kendiri peribadi, kendiri keluarga dan
kendiri sosial.
Semua komponen berpandukan konstruk yang
terdapat dalam alat ukuran Tennessee Self-Concept Scale (TSCS). Buku ini turut
memperkenalkan beberapa alat ukur bagi penilaian konsep kendiri yang boleh
digunakan di negara ini.
Perbincangannya berfokus kepada cadangan
peningkatan konsep kendiri melalui aktiviti kelompok yang berteraskan
pendekatan psikopendidikan.
Gabungan aktiviti-aktiviti yang
dicadangkan boleh dipilih dan digunakan bagi mempermudah para kaunselor,
pegawai psikologi dan guru bimbingan & kaunseling melaksana aktiviti
pengukuhan keyakinan diri dan konsep kendiri bagi memaksimumkan potensi mereka
yang dibimbing.
PENINGKATAN KONSEP KENDIRI MELALUI AKTIVITI KELOMPOK
- Jenama: Penerbit USIM
- Kod Produk: 9789674409623
- Kewujudan: Ada Stok
-
RM55.00
Tags: PENINGKATAN KONSEP KENDIRI MELALUI AKTIVITI KELOMPOK, 9789674409623, penerbit usim, usim press, self help