Juga boleh dibeli melalui / Also available for purchase at:
Shopee - Kota Buku - MySiswaPlace
Penulis: Syahnaz Sulaiman, Aznan Hasan, Siti Mashitoh Mahamood, Ahmad Azam Sulaiman
ISBN: 9789674408329
Tahun Terbitan: 2021
Harga: RM 45.00
Jumlah Muka Surat: 272 m/s.
Buku
Transformasi Pembangunan Hartanah Wakaf Menerusi Dana Amanah Hartanah
Islam mengupas sejarah institusi wakaf serta mekanisme pembangunan
hartanah wakaf menerusi pelbagai kaedah tradisional mahupun moden.
Buku
ini turut menggarap perbahasan hukum dan fatwa berkaitan wakaf menerusi
kaedah pelaburan moden. Variasi aset-aset dalam bentuk kontemporari
juga berupaya untuk memobilisasi aset-aset wakaf secara lebih dinamik
dan progresif.
Amanah pelaburan hartanah Islam merupakan antara
instrumen pasaran modal Islam yang dilihat berpotensi untuk
diketengahkan bagi membuka kunci nilai hartanah wakaf yang terpendam.
Pendekatan
ini sudah pastinya dapat meningkatkan kecairan hartanah wakaf untuk
dimanfaatkan oleh benefisiari wakaf serta ummah secara lebih mampan.
Modenisasi
dalam kaedah pelaburan dan pengembangan harta wakaf merupakan satu
anjakan paradigma ke arah memperkasa peranan wakaf dalam memenuhi
keperluan dan tuntutan umat manusia yang kian mencabar.
Buku ini
sesuai dijadikan rujukan oleh para pengkaji, pengurus,pengamal industri
kewangan Islam serta pencinta wakaf bagi mencetuskan perspektif baharu
dalam arena pembangunan hartanah wakaf.
TRANSFORMASI PEMBANGUNAN HARTANAH WAKAF MENERUSI DANA AMANAH HARTANAH ISLAM
- Jenama: Penerbit USIM
- Kod Produk: 9789674408329
- Kewujudan: 46
-
RM45.00
Tags: Syahnaz Sulaiman, Aznan Hasan, Siti Mashitoh Mahamood, Ahmad Azam Sulaiman, 2021, FEM