Juga boleh dibeli melalui / Also available for purchase at:
Shopee - Kota Buku - MySiswaPlace
Penulis: Muhammad Widus Sempo
Harga: RM 23.00
ISBN: 9789674407506
Terbitan: 2020
Jum. Halaman: 115 m/s.
Mengapa kesusasteraan al-Quran tidak boleh ditiru? Mengapa kesusasteraan al-Quran tidak dapat ditandingi oleh karya sastera oleh mana-mana sasterawan Arab mahupun orang Ajam? Bagaimanakah rumusan pola binaan isi kandungan al-Quran dalam menzahirkan suatu makna?
Jawapan terhadap kesemua soalan tersebut dapat ditemukan dalam buku ini secara komprehensif. Melalui buku ini huraian kepelbagaian pola binaan isi kandungan al-Quran yang merangkumi pola binaan huruf, kalimat dan jumlah al-Quran.
Diterangkan juga kepentingan ilmu munasabah dalam mengenal pasti keserasian dan keharmonian ayat-ayat al-Quran yang saling berhubung antara satu sama lain secara sistematik dan faedah di sebalik pemetaan kandungan al-Quran dalam banyak surah serta pola penyusunan tema-tema al-Quran.
Turut dijelaskan juga pola binaan basmalah, surah al-Fatihah, surah al-Ikhlas dan ayat al-Kursi. Ringkasnya, mukjizat kesusasteraan al-Quran adalah binaan Allah yang Maha Lembut lagi Maha Mengetahui. Binaan yang sedemikian mustahil dapat dilakukan oleh manusia.
SENI TAFSIR AL-QURAN MERUNGKAI MUKJIZAT POLA BINAAN ISI KANDUNGAN AL-QURAN
- Jenama: Penerbit USIM
- Kod Produk: 978-967-440-750-6
- Kewujudan: Ada Stok
-
RM23.00
Produk Berkaitan
TAFSIR SAINTIFIK AL-QURAN : PENEROKAAN SAINS YANG DIINTEGRASIKAN DENGAN WAHYU
Muhammad WIdus Sempo Adakah al-Qur..
RM26.00
27 HAIWAN ISTIMEWA DALAM AL-QURAN - TINJAUAN TAFSIR TEMATIK DAN SOSIOLINGUISTIK
Penulis: Muhammad Widus SempoHarga: RM 36.00ISBN: 978-967-440-643-1Terbitan: 201..
RM36.00
QURANIC ACOUSTIC AN ANALYSIS FOR CRYPTOGRAPHIC APPLICATION
Penyunting : M Norazizi Sham Mohd Sayuti, Muhammad Fahim RoslanHarga : RM 56.00ISBN: 978-967-0001-53..
RM56.00
Tags: Muhammad Widus Sempo, FPQS