Juga boleh dibeli melalui pautan di bawah / 
Also available for purchase at the link below: 

Shopee - Kota Buku - MySiswaPlace


Penulis: Muhammad Widus Sempo, Norita Md Norwawi

ISBN: 9789674406448

Tahun Terbitan: 2019

Harga: RM 50.00

Jumlah Muka Surat: 454 m/s.

Kenapa sebahagian nama-nama surah al-Quran datang dengan nama haiwan, seperti surah Al-Baqarah (lembu betina), An-Nahl (lebah), Al-Ankabut (labah-labah) dan seumpamanya?

Apakah hubung kait antara nama setiap surah dan kandungan yang terdapat di dalamnya? 

Apakah formula Quranik yang dapat diambil daripada kefahaman terhadap nama-nama surah al-Quran dalam membina insan yang berkualiti?

Kesemua pertanyaan di atas telah terjawab dengan jelas dalam buku ini. 

Seterusnya, setiap surah al-Quran dihuraikan melalui pelbagai tahap seperti berikut; maksud di sebalik nama-nama bagi setiap surah, masa dan tempat penurunan (tanzil), matlamat asas di sebalik penurunan surah dan formula pengajaran yang terkandung di dalamnya. 

Turut dijelaskan isu nama-nama surah al-Quran yang dipertikaikan ulama secara panjang lebar sama ada kesemuanya tawqifiyy atau sebahagian daripada nama nama itu datang daripada ijtihad sahabat. 

Kefahaman terhadap makna di sebalik nama-nama surah al-Quran dirumuskan melalui 114 Formula Quranik Dalam Membina Insan Yang Berkualiti. 


114 FORMULA QURANIK DALAM MEMBINA INSAN YANG BERKUALITI

  • RM50.00


  • 5 atau lebih RM0.00

Tags: Muhammad Widus Sempo, Norita Md Norwawi, 2019, FPQS, FST