• KESEJAHTERAAN INSAN SEIMBANG DALAM ORGANISASI BERDAYA SAING

Zafir Mohd Makhbul, Rasidah Arshad, Rosmah Mat Isa


Insan seimbang yang berpengetahuan dan berkemahiran amat diperlukan pada masa kini dan menjadi pelapis masa hadapan untuk mengurus perubahan dengan cekap dan berkesan. Strategi organisasi dalam memastikan tercapainya kesejahteraan insan seimbang serta menjadikan organisasi mempunyai kelebihan daya saing adalah amat diperlukan pada masa kini. Individu yang bekerja dalam suasana pekerjaan yang harmoni boleh mencetuskan kesejahteraan insan seimbang yang berkualiti tinggi. Walau bagaimanapun, kesejahteraan insan seimbang ini sering kali dipandang sepi leh sesetengah organisasi yang hanya memfokuskan kelestarian kewangan dan keuntungan, apatah lagi dalam era persaingan pasaran yang sengit. Impaknya, kesejahteraan insan seimbang dilihat hanya suatu isu sampingan. Kehadiran buku ini di pasaran adalah satu usaha untuk memberi gamabran bagaimana pengurusan insan seimbang perlu dititikberatkan sebagai aset berharga dalam menjamin keutuhan organisasi masa kini. 

KESEJAHTERAAN INSAN SEIMBANG DALAM ORGANISASI BERDAYA SAING

  • Jenama: Penerbit USIM
  • Kod Produk: 9789674405526
  • Kewujudan: Ada Stok
  • RM35.00