Juga boleh dibeli melalui / Also available for purchase at: 

Shopee - Kota Buku - MySiswaPlace


Penulis: Azman Ab. Rahman, Hamizul Abdul Hamid, Ahmad Husni Abd Rahman

ISBN: 9789674404314

Tahun Terbitan: 2018

Harga: RM 28.00

Jumlah Muka Surat: 126 m/s.

Kamus Mini Zakat ini merupakan satu usaha untuk memudahkan para pengkaji, amil, pelajar dan masyarakat awam memahami istilah-istilah zakat secara sistematik dan tersusun. 

Pengetahuan dan pemahaman terhadap istilah-istilah zakat dapat menjadi kunci kepada perbendaharaan ilmu fikah yang lebih luas. 

Pelbagai maklumat berbentuk istilah-istilah disusun secara rapi yang mengandungi konsep zakat, jenis zakat, kaedah pengiraan zakat, kutipan dan agihan zakat dihuraikan dalam buku ini. 

Penyusunan buku ini juga mengikut susunan abjad Arab diikuti sebutan dan terjemahan dalam bahasa Melayu untuk memastikan istilah-istilah zakat yang dihuraikan lebih mudah difahami.

Penerangan ringkas diberikan bersama contoh penggunaan istilah yang digunakan dalam konteks semasa.

Rujukan lanjut juga disertakan untuk pembaca membuat semakan dan bacaan terperinci.

Penerbitan Kamus Mini Zakat diharapkan dapat memberi banyak kebaikan dan manfaat kepada semua terutamanya mereka yang ingin mendalami ilmu zakat. 

Kamus ini juga diyakini boleh menjadi rujukan dan panduan kepada Majlis Agama Islam Negeri dan Institusi Zakat di Malaysia dalam memahami ilmu zakat secara komprehensif sama ada dari segi istilah teoritikal dan konseptual sehinggalah kepada terma-terma dalam sistem pengurusan zakat.


KAMUS MINI ZAKAT ARAB-MELAYU

  • RM28.00


Tags: Azman Ab Rahman, Hamizul Abdul Hamid, Ahmad Husni Abd Rahman, FSU, 2018