Juga boleh dibeli melalui / Also available for purchase at:
Shopee - Kota Buku - MySiswaPlace
Penulis: Herman Abdullah
ISBN: 9789674402723
Tahun Terbitan: 2016
Harga: RM 85.00
Jumlah Muka Surat: 317 m/s
Fotojurnal ini memaparkan bukti-bukti empirikal tentang kewujudan bangsa Melayu di Benua Melayu yang pernah meneroka benua tanpa mengenal erti sempadan daratan mahupun lautan.
Umpama terowong masa, ada ketika, dengan sabar dan tabah, konvoi pasukan Jejak Warisan Jawi bersama-sama penulis membawa para pembaca kembali ke zaman silam; menjejaki realiti kisah percintaan, peperangan, keberanian, kesetiakawanan, kezuhudan, kedayatahanan yang disulam pula dengan penemuan bukti-bukti tentang keindahan peradaban dan ketamadunan tinggi sebuah bangsa yang 1437 tahun dahulu secara bijaksana telah behijrah menjadikan Islam sebagai pegangan dan pedoman untuk mengharungi pahit manis kehidupan; pusaka ilmu paling berharga yang ditinggalkan untuk anak cucu hari ini.
Fotojurnal ini adalah sebuah refleksi yang sangat bermanfaat lagi berguna untuk seluruh umat Melayu di Alam Melayu yang masih tercari-cari seluas mana wilayah Benua Melayu itu? Sebuah karya yang secara tegas memadamkan fantasi sejarah yang sempit, sempadan yang menyekat dan membelengu minda Melayu selama ini.
Sesungguhnya, naskhah ini seharusnya diwarisi oleh generasi kini dan akan datang, sebagai azimat penguat jatidiri, mudah-mudahan warisan itu kelak tidak hilang daripada genggaman.
KIAS TERSIRAT ~ PERANTAUAN BERTEMU MELAYU & ISLAM DI DUNIA MELAYU BENUA
- Jenama: Penerbit USIM
- Kod Produk: 9789674402723
- Kewujudan: 1
-
RM85.00
Tags: Herman Abdullah, 2016

-250x300.png)