Penulis: Mohd Faisol Ibrahim
Harga: RM 35.00
ISBN: 978-967-440-135-1
Terbitan: 2015
Jum. Halaman: 167 m/s
Sebagai masyarakat Islam, membayar zakat adalah wajib bagi orang yang berkemampuan. Namun, sehingga kini masih ramai orang yang berkemampuan tidak mengambil berat perkara ini dan mengabaikannya. Oleh itu, buku ini cuba memberikan informasi lengkap dan tersusun mengenai zakat pendapatan merangkumi golongan yang wajib membayar, manfaat zakat pendapatan, hukuman kepada yang enggan membayar zakat serta kaedah pengiraannya. Pelbagai fakta dan contoh kes telah dicungkilkan dalam buku ini untuk tatapan para pembaca bagi membuktikan zakat pendapatan ini merupakan satu ibadah dan kewajipan kepada seluruh masyarakat Islam. Buku ini amat sesuai dijadikan panduan, rujukan serta sumber pengetahuan berkaitan zakat pendapatan kepada semua lapisan masyarakat.
Dr. Mohd Faisol Ibrahim merupakan seorang pensyarah kanan di Fakulti Ekonomi dan Muamalat, USIM. Beliau mempunyai Ijazah Sarjana Muda Syariah pengkhususan ekonomi daripada Universiti Malaya, Ijazah Sarjana Ekonomi pengkhususan Ekonomi Islam dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan juga Doktor Falsafah dalam bidang Perbankan Islam dari Universiti Malaya. Bidang kepakaran beliau ialah Ekonomi Islam, Perbankan Islam, Takaful dan Keusahawanan Islam. Antara penerbitan yang pernah diterbitkan seperti Zakat dan Pelaksanaanya di Malaysia, Peranan Institusi Perbankan sebagai Agen Kutipan dalam Aktiviti Pembayaran Zakat dan Economics of Cash WAQF Management in Malaysia: A proposed Cash WAQF Model for Practitioners. Selain itu, beliau juga pernah berkhidmat di beberapa organisasi zakat seperti Tabung Amanah Zakat di UPM dan Lembaga Zakat Selangor.
EKSKLUSIF ZAKAT PENDAPATAN DAN KAEDAH PENGIRAAN
- Jenama: Penerbit USIM
- Kod Produk: 9789674401351
- Kewujudan: Ada Stok
-
RM35.00