Penulis: Sapora Sipon I Hapsah Yusof
Harga: RM 28.00
ISBN: 978-967-0393-58-2
Terbitan: 2013
Jum. Halaman: 266 m/s
Buku ini mendedahkan pembaca dengan pelbagai subtajuk dalam profesion kaunseling seperti faktor- faktor keperluan perkhidmatan serta sejarah perkembangan kaunseling di Malaysia dan Barat. Selain itu, tajuk berkaitan sifat-sifat kaunselor, kaunseling individu dan kaunseling kelompok serta definisi dan ciri klien turut dipaparkan. Buku ini juga membincangkan secara terperinci mengenai teori-teori kaunseling. Pembaca turut didedahkan mengenai kepentingan kaunseling di jabatan kerajaan dan sekolah serta kaunseling kerjaya dan teknologi dalam kaunseling. Selain itu, kepentingan budaya, latihan dan penyediaan kaunselor, perundingan serta etika dan perundangan dalam profesion kaunseling juga dibincangkan.
PROFESOR MADYA DATIN DR HAJAH SAPORA SIPON ialah pensyarah di Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Sebelum berkhidmat di USIM, beliau telah berkhidmat sebagai pensyarah di Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial, Universiti Malaysia Sabah dan Universiti Pendidikan Sultan Idris. Beliau aktif menulis dan juga membentangkan kertas kerja sama ada di peringkat kebangsaan atau antarabangsa. Beliau juga seorang kaunselor berdaftar.
PENGENALAN KEPADA PROFESION KAUNSELING EDISI KEDUA
- Jenama: Penerbit USIM
- Kod Produk: 9789670393582
- Kewujudan: Out Of Stock
-
RM28.00