Editor: Wan Mohd Fazrul Azdi Wan Razali I Mohamad Nasrin Mohamad Nasir I Muhammad Yusuf Khalid I Mohd Rushdan Mohd Jailani
Harga: RM 28.00
ISBN: 978-967-0393-60-5
Terbitan: 2012
Jum. Halaman : 189 m/s
Buku ini adalah himpunan beberapa artikel ilmiah terpilih yang telah dibentangkan dalam Seminar Kebangsaan Pengajian Akidah dan Agama 2011 (SIGMA 2011) yang bertempat di Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai pada hari Sabtu, 10 Disember 2011 bersamaan 14 Muharram 1433 Hijrah. Terdapat 12 tajuk istimewa yang telah dimuatkan dalam buku ini yang merangkumi perbahasan berkenaan sejarah, metodologi dan isu-isu semasa yang berkaitan perkembangan Akidah Ahl Al-Sunnah wa Al-Jamaah di Malaysia seperti cabaran gerakan Kristianisasi, feminisme, fahaman pluralisme agama, isu ayat mutashabihat, toleransi antara agama dan pelbagai cabaran lain. Para penulis artikel ilmiah ini merupakan para sarjana tempatan dan antarabangsa, daripada pelbagai IPTA dan IPTS yang aktif dalam dunia akademik, khususnya dalam bidang Usuluddin, Falsafah, Tasawwuf, Perbandingan Agama dan Dakwah. Buku ini sangat sesuai untuk dijadikan rujukan dan panduan berkenaan Akidah Ahl Al-Sunnah wa Al-Jamaah di Malaysia bagi golongan akademik dan juga masyarakat awam.
AKIDAH AHL-SUNNAH WA AL-JAMAAH DI MALAYSIA : CABARAN DAN ISU KONTEMPORARI
- Jenama: Penerbit USIM
- Kod Produk: 9789670393605
- Kewujudan: Out Of Stock
-
RM28.00