DIRASAT AN KHATRIL AHADITH AL-MAUDUAH
Mohd Fauzi Mohd Amin
RM 25.00
978-967-5295-52-2
2011
Buku ini menjurus perbincangannya kepada takrif hadith mawdu’, hukum meriwayatkannya, hukum beramal dengannya, sejarah kemunculannya, sebab kemunculannya, tanda-tandanya, kesan negatif beramal dengannya, metode kajian atau cara mengenalinya. Penulis turut menyenaraikan contoh-contoh hadith mawdu’ khususnya yang terdapat dalam kitab jawi, contoh kitab-kitab yang memuatkan sejumlah hadith mawdu’ yang dibahagikan kepada bidang akidah, hukum hakam dan kelebihan beramal serta lafaz-lafaz yang menunjukkan hadith mawdu’.
Buku ini turut memuatkan perbincangan yang berkaitan dengan buku-buku memuatkan hadith mawdu’, termasuk pengarang dan metode penulisannya. Perbincangannya turut merangkumi contoh-contoh perawi yang ditohmah sebagai pembohong.
DIRASAT AN KHATRIL AHADITH AL-MAUDUAH
- Jenama: Penerbit USIM
- Kod Produk: 978-967-5295-52-2
- Kewujudan: Out Of Stock
-
RM25.00