Juga boleh dibeli melalui / Also available for purchase at: 

Shopee - Kota Buku - MySiswaPlace


Penulis: Mahmud Mohd Nor

ISBN: 9789670001968

Tahun Terbitan: 2024

Harga: RM 60.00

Jumlah Muka Surat: 182 m/s.

Saya mengenali Profesor Emeritus Dato' Dr. Mahmud Mohd Nor sejak tahun 1996. 

Beliau merupakan Ketua Perkhidmatan Surgeri Pediatrik dan Surgeri Am, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ketika itu. 

Saya baru habis housemanship dan menjadi Medical Officer (MO) Surgeri Pediatrik di Institut Pediatrik Hospital Kuala Lumpur. 

Beliau seorang yang amat tegas dan berdisiplin. Walaupun tegas, saya dapati beliau mempunyai empati yang tinggi. 

Beliau sentiasa bersedia membantu setiap dari kami, baik yang Pakar atau pun MO baharu. Saya banyak belajar perkara berkaitan Surgeri Pediatrik dan cara menangani manusia yang pelbagai ragam. 

Beliau juga seorang Ketua yang tidak tergugat dengan kejayaan orang lain. Sikap beliau yang sentiasa meraikan kejayaan kawan dan lawan membuka mata saya supaya sentiasa berlapang dada. 

Beliau juga menyenangi kejayaan kami sebagai Pakar Bedah wanita, tiada langsung perlakuan chauvinistic sepanjang saya mengenali beliau. 

Tabiat beliau yang paling hebat ialah kebolehan merekod segala sejarah perjalanan Surgeri Am, Surgeri Pediatrik dan susur galur pendidikan surgeri di Malaysia. 

Sepanjang mengenali beliau sebagai seorang pendidik yang hebat merentasi zaman, penyayang, tidak lokek ilmu, berintegriti dan murah dengan senyuman serta kata-kata semangat.

Prof. Dr. Dayang Anita Aziz,

Pakar Bedah Pediatrik UKM

MENGHARUNGI CABARAN: AUTOBIOGRAFI MAHMUD MOHD NOR

  • RM60.00


Tags: Mahmud Mohd Nor, 2024, FPSK