Juga boleh dibeli melalui / Also available for purchase at:

Shopee - Kota Buku - MySiswaPlace


Penulis: J.O. Andreasen, L.K. Bakland, M.T. Flores, F.M. Andreasen, L. Andersson

ISBN: 9789674608286

Tahun Terbitan: 2022

Harga: RM 45.00

Jumlah Muka Surat: 110 m/s.

Edisi ketiga Manual Kecederaan Gigi Traumatik meneruskan kejayaan meluas dua edisi sebelum ini.

Sebagai panduan utama trauma pergigian, manual ini mengekalkan formatnya yang mesra pembaca, menunjukkan langkah-demi-langkah protokol rawatan bagi kecederaan traumatik yang sering berlaku.

Beberapa bahagian baharu dimasukkan untuk menambahkan bilangan senario klinikal, menerangkan kecederaan tisu lembut berkait dengan trauma pergigian, menunjukkan cara dekoronasi ankilosis gigi anterior dalam remaja dapat memelihara cuaran alveolus untuk perletakan implan kemudiannya, dan mengenal pasti peramal untuk pulpa dan komplikasi penyembuhan ligamen periodontium serta kehilangan gigi.

CIRI UTAMA
- Ditulis oleh pihak pakar antarabangsa dalam trauma pergigian.
- Mempamerkan protokol rawatan dalam format langkah-demi-langkah dengan jelas.
- Diilustrasikan dengan terperinci menggunakan imej berwarna dan gambar rajah berkualiti tinggi.
- Mengandungi lebih banyak bahagian untuk mengembangkan bilangan senario klinikal

ULASAN EDISI TERDAHULU

Teksnya jelas dan ditulis dengan baik dan dilengkapi rujukan yang baik … Bab tentang diagnosis komplikasi periodontium dan pulpa terutamanya amat berguna kerana bidang ini sukar bagi ramai doktor. Manual ini akan berfungsi sebagai rujukan yang baik untuk pengamal pergigian dan pelajar pergigian yang mempunyai pengetahuan kerja yang baik tentang traumatologi pergigian.
- Journal of Orthodontics

Secara keseluruhan, buku ini sangat bagus dan saya percaya ia akan menjadi buku yang penting dalam perpustakaan doktor gigi. Buku ini boleh dibaca dengan pantas, dan maklumat boleh dicari dengan mudah apabila diperlukan. Harga buku ini adalah berpatutan dan saya menyarankan buku ini sebagai sumber rujukan penting untuk doktor gigi umum dan pelajar pergigian.
- Australian Endodontic Journal

MANUAL KECEDERAAN GIGI TRAUMATIK

  • RM45.00


Tags: J.O. Andreasen, L.K. Bakland, M.T. Flores, F.M. Andreasen, L. Andersson, 2022, FPG