Juga boleh dibeli melalui / Also available for purchase at:
Shopee - Kota Buku - MySiswaPlace
Penulis: Nornajihan Jaafar, Norakyairee Mohd Raus, Mohd Nur Adzam Rasdi, Mahyuddin Hashim, Nur Amalina Azhar, Anisah Razali, Zakaria Yahya, Mohd Nor Don, Mohd Khairi Sulaiman, Sharipah Zainah Syed Abdul Rahman
ISBN: 9789670001586
Tahun Terbitan: 2022
Harga: RM 30.00
Jumlah Muka Surat: 160 m/s.
Modul ini dibangunkan rentetan daripada penerbitan Mashaf Al-Quran Braille Malaysia yang diselaraskan penulisannya sehampir mungkin dengan mashaf al-Quran bercetak terbitan Mujamma’ Malik Fahd, Arab Saudi (Mashaf Madinah) yang menjadi standard bagi Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Terdapat lima topik penting yang dimuatkan dalam buku ini yang merangkumi ilmu penulisan dan pembacaan al-Quran, sistem penulisan Braille, kod Mashaf al-Quran Braille Malaysia, tanda baca khas dan kaedah umum penggunaan al-Quran Braille.
Di akhir setiap topik turut disertakan latihan dan aktiviti bagi tujuan pengukuhan. Modul ini mempunyai dua versi iaitu versi cetakan biasa dan versi cetakan Braille.
Ia bertujuan memenuhi keperluan komuniti OKU Penglihatan dalam memahami dan mempelajari al-Quran Braille sesuai dengan kekuatan dan kelainan upaya belajar mereka.
Modul yang dihasilkan ini dapat membantu para pendidik sebagai bahan rujukan pengajaran dalam membantu mengaplikasikan kaedah dan teknik yang sesuai sepanjang
proses pengajaran al-Quran Braille.
Malah turut dijadikan panduan bagi mereka yang berminat atau mempunyai keperluan khusus untuk mendidik komuniti OKU Penglihatan dalam usaha memartabatkan pengajaran dan pembelajaran al-Quran Braille di Malaysia.
MODUL PENGAJARAN MASHAF AL-QURAN BRAILLE MALAYSIA
- Jenama: Penerbit USIM
- Kod Produk: 9789670001586
- Kewujudan: 1
-
RM30.00
Tags: Nornajihan Jaafar, Norakyairee Mohd Raus, Mohd Nur Adzam Rasdi, Mahyuddin Hashim, Nur Amalina Azhar, Anisah Razali, Zakaria Yahya, Mohd Nor Don, Mohd Khairi Sulaiman, Sharipah Zainah Syed Abdul Rahman, 2022, FPQS