Penulis : Nor Haliza Mat Baharin
Harga : RM 20.00
ISBN: 978-967-440-0001-61-6
Tahun terbitan : 2022
Muka surat : 75 m/s
Rawatan pergigian pada masa kini telah berkembang maju seiring
dengan teknologi dan perkembangan sains. Rawatan pergigian
bukan sahaja terhad kepada rawatan tampalan dan cabutan tetapi
telah berkembang kepada rawatan pencegahan dan rawatan gusi
serta akar gigi. Buku ini membicarakan mengenai langkah rawatan
pencegahan pergigian yang tidak diketahui ramai seperti rawatan
gusi tanpa pembedahan dan pembedahan periodontik. Selain itu,
bahaya merokok terhadap kesihatan mulut juga dibincangkan dalam
buku itu.
Gaya penulisan yang santai dan mudah difahami tanpa penggunaan
bahasa yang terlalu saintifik menjadi tunjang buku. Buku ini juga
menyentuh pelbagai persoalan khususnya dalam bidang
periodontik dan kesihatan awam pergigian. Akhir kata, buku ini telah
ditulis oleh sekumpulan pakar pergigian yang berhasrat untuk
mengembangkan ilmu pergigian kepada masyarakat agar mendapat
faedah dan kebaikan daripadanya.
RAWATAN PERIODONTIK DAN KESIHATAN PERGIGIAN
- Jenama: Penerbit USIM
- Kod Produk: 9789670001616
- Kewujudan: Ada Stok
-
RM20.00